Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri
Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita
dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
马来西亚教师:一个愿景、一个议程
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem
pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang
mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta
beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025
iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada
kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua
murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan
pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan
kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika
profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu
melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.